best blogger tipsGet snow effect

^_______________^


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 16 March 2012

Somalia dan kita sebagai muslim


Dalam hadis Nabi SAW :
“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim
Sedarkah kita nun jauh di seberang sana beribu-ribu kilometer dari Malaysia, saudara kita yang seagama di Somalia merana dilanda kemarau disamping krisis politik yang tidak berkesudahan. Negara mereka miskin, sumber terhad terpalut pula dengan peperangan saudara…Allah….bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.
حنان يا منان أغث برحمتك المسلمين في الصومال
اللهم إنهم جياع فأطعمهم اللهم إنهم عطشى فاسقهم برحمتك يا أرحم الراحمين
Ya Allah! mereka semua kebuluran, maka Engkau berikanlah mereka makanan. Ya Allah ! sesungguhnya mereka kelaparan dan dahaga maka berikanlah mereka air dan makanan dengan rahmat-Mu. wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dimana suara-suara lantang umat ISlam yang begitu gigih memperjuangkan nasib umat Islam Palestin? Dimana usaha-usaha yang gempak bila bercakap bab Gaza ?
Adakah disebabkan Somalia ini kurang tumpuan ? berkulit hitam ? negara berpasir dan panas? maka aktivis-aktivis terbabit tidak berminat?
Kita mengejar Syurga dengan membantu saudara kita di Palestin, namun kita tinggalkan Neraka pada saudara kita di Afrika (Somalia).
Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun yang mati akibat kebuluran.

mengikut rangkaan dan kajian UK Development Secretary, dianggarkan 400,000 kanak-kanak menghadapi kematian kerana kebuluran di Somalia. Itu anggaran sedangkan yang realitinya, 10 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap hari di kem pelarian Kobe. Itu baru satu kem pelarian.
masyarakat UK dan USA sudah lama prihatin pada nasib saudara kita di Somalia, akhbar-akhbar mereka setiap minggu melaporkan situasi terkini pelarian Somalia di Dadaab, Kenya, situasi rakyat Somalia itu sendiri yang kebuluran. Mereka yang semuanya Kristian yang juga golongan missionari lebih mendahului kita dalam membantu. Bahkan majority mereka membantu atas dasar kemanusiaan.
“..you do not go to bed full if your neighbour is hungry. If we had fulfilled our responsibilities, would our brethren nation Somalia be in this situation?” he asked. “This is not only a test for the Somali people, it is a test for all humanity.” – Reccip Tayyip Erdogan, Turkey’s Prime Minister.
 It is a test for all humanity – yup, itulah yang sebenarnya.



من لا يرحم لايرحم

Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi..

No comments:

Post a Comment