best blogger tipsGet snow effect

^_______________^


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 16 March 2012

Burj Khalifa (Dubai): Bangunan tertinggi di dunia


Akhirnya selepas bertungkus lumus bergelut dengan masalah kewangan, menara tertinggi di dunia, Burj Dubai atau nama barunya Burj Khalifa berjaya dirasmikan pada 4 Januari 2010 oleh pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum. Majlis perasmiaan telah disakikan oleh hampir 6000 orang.Walaupun syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World dihimpit hutang sehingga US$80 billion, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru baru telah berjaya dibuka dengan rasminya dengan ketinggian 828m, lebih kurang dua kali ganda dari bangunan pencakra langit KLCC. Dubai mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk semenjak November 2008 berikutan krisis kemuncupan kredit di mana apabila bank-bank tidak mempunyai cukup nilai aset cair untuk diberikan sebagai pinjaman bagi menjana lagi ekonomi yang berkembang secara mendadak.
Pembinaan bangunan ini sekaligus mengembalikan semula kemegahan dunia arab yang terkenal dengan struktur pyramid yang gah sehingga kini.
Kenapa Burj Khalifa?
Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad bagaimanapun mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan. Ini telah menimbulkan persolan adakah pemberian USD10Billion baru-baru ini oleh pihak Abu Ahabi menyebabkan ianya dinamakan sempena pemerintah di sana iaitu Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan?Pemberian USD10Billion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.


Tatkala umat islam di Dubai bersorak meraikan perasmian bangunan tertinggi dunia, di satu sudut dunia lain, umat islam meraung meminta pertolongan untuk merdeka, membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. Kegagalan pemimpin islam dan dunia arab bersatu untuk membebaskan Palestine memaksa mereka mencari dunia barat yang sampai sekarang tidak langsung menunjukkan komitmen untuk pembentukan sebuah negara Palestine dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.


Di Dubai, orang ramai melaung semasa perasmian Burj Khalifa, di Palestine, rakyatnya meraung sewaktu serangan ganas tentera Israel suatu ketika dulu.
Di dubai, adanya bangunan tertinggi di dunia, di Paletine ada tembok tinggi yang menyekat kebebasan rakyatnya.
Jumlah RM2.7 billion itu kalau dibelanjakan kepada Palestine, banyak benda yang boleh dilakukan...

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment