best blogger tipsGet snow effect

^_______________^


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 29 February 2012

Kelebihan Ayat Al-Quran..



 Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

                        Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

                        Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.




Surat Untuk Ibu..




tanpa disedari, menitis air mata baca surat ni..sy copy and paste from satu website..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

::Surat Dari Anak Ibu Yang Dah Tak Nakal::

Ibu.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan ibu pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Ibu tau tak.......
itu lah pertama kali ibu peluk anak ibu yang nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya ibu dah tau ibu nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 ibu..... nak tinggal kan dunia fana ni......

ibu macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
ibu dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi ibu anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
ibu tak penah buat begitu.....

pastu ibu pasang radio kecil di sebelah ibu......
tapi ibu seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
ibu terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah ibu siapkan tu di gunakan untuk mengiringi ibu ke kuburan...

Pastu ibu menyapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu ibu jemur karpet-karpet. ..
kemudian ibu ubahkan sofa ke tempat lain..
ibu biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah ibu diletakkan..

paling menarik sekali ibu bgtau kat mana sume duit dan barang kemas ibu..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
ibu cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu ibu perasan takk..??
kita gelak sakan bila ibu bgtau duit dalam gulung tikar...
kitar kata ibu ni memang pesenn lama laaa...
ibu cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Ibu.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang ibu tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....
ibu dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
ibu tetap takmau pegi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk..
Ibu kata ibu taknak duduk dalam hospital.... .
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk ibu..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Ibu tetap tak bersetuju... 

ibu memang degil..
tak salah, anak ibu yang ni pon mengikut perangai ibu tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan ibu makin teruk....
ibu sakit perut sampai nak sentuh perut ibu pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga ibu ke hospital.... ..

Ibu....
ampunkan kami semua...
kami nak ibu sehat...
kami sayang ibu...
kami tak mau ibu sakit...
kami terpaksa juga hantar ibu ke hospital....
ampun kan kami yer ibu....

Ibu.....
Malam itu abang bawa ibu ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali ibu naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya ibu,
kita kata nak beli kereta....
Ibu asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kita jawab pula...
kalau tak cukup, ibu kan banyak duit...
ibu gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kita sampai....
ibu buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kita masih ingat lagi...
bila kita eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali bgtau kat ibu....
Bila balik sahaja kampung....
kita cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi ibu perasan juga bumper depan kemek...
ibu tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Ibu....
tujuan kita menipu tu supaya ibu tak risau...
Maafkan kita kerana sampai ibu pergi ibu tak tahu hal sebenar...
ibu, kita menipu ibu kan ..
ampun kan kita.....
Ibu.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut ibu dengan kain putih.......
ibu mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti ibu nampak abang cium dahi ibu.....
Mesti ibu nampak akak baca doa untuk ibu....
Mesti ibu nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti ibu nampak semua tu kann...kann. .kannn

Ibu tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama ibu berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Ibu......
Kita masih ingat lagi....
Kita baca AlQuran kat tepi ibu temankan ibu...
Jam 11.00 pagi ibu di mandi kan ....
Anak2 ibu yang pangku masa ibu mandi....
Ibu mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh ibu.....
Kita gosok kaki ibu perlahan lahan.....
Ibu perasan tak.....?

Makcik yang mandikan ibu tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang ibu jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kita kawal supaya tak menitik atas ibu....

Ibu.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih...
kita rindu kat ibu....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kita baca yassin untuk ibu...
ibu tunggu ya..!
Ibu..
Sebelum muka ibu di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 ibu mengelilingi ibu...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata ibu seolah2 senyum aja...
Ibu rasa tak....
masa tu kita sentuh dahi ibu....
kita rasa sejukkkk sangat dahi ibu.....
Kita tak mampu nak cium ibu...
kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi ibu dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Ibu mesti ingat kan yang anak ibu ni jadi imam solat jenazah untuk ibu...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak.....

Jam 12 tengahari ibu diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
ibuu...
anak ibu yang seorang tu demam....

Ibu tauu...
cuma akak sorang saja anak ibu yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Ibu.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan ibu lagi...
Begitu terasa kehilangan ibu...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak ibu ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kita baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 ibu pastu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Ibu tauu...
kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kita rasa nak telefon ibu....
nak cakap dengan ibu.....
anak ibu yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk ibu.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Ibu tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....

Ibu....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak ibu naik motor kan ....
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kita cuma tau alamat ni aje...
Takper yer ibu...k
Kita kasi orang lain baca...
Kita stop dulu...
sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk ibu,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kita boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa ibu tak akan mampu kita balas..

Sekian terima kasih,





hayatilah video ini..walaupun cuma seketika....



Monday, 27 February 2012

Pemanasan global...



Itulah realitinya pada hari ini. Bumi sudah rosak teruk, dalam erti kata lainnya sudah tua dah Bumi kita ini. Dalilnya? Cuma lihat paparan situasi terkini  di sekeliling kita daripada trajedi gempa bumi di Padang(Indonesia), tsunami di Samoa, gempa bumi di Kepulauan Solomon, gempa bumi di Vanuatu, gempa bumi di Propinsi Papua(Indonesia) begitu juga di Bhutan, Caracas(Venezuela) dan banyak lagi bencana alam di dunia yang sedang rancak berlaku di Bumi kita ini akibat daripada pemanasan global dunia. Bumi semakin rancak “berjoget” menunjukkan amarahnya dengan kerosakan yang bertitik-tolak perbuatan penduduk Bumi sendiri.







Terbaru dikatakan bencana alam besar bakal belaku dalam jangkamasa 11 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2020. Ini hanyalah kajian manusia semata yang datangnya dari pakar-pakar dalam bidang ini dalam bidang ini. Yang pentingnya hakikatnya yang perlu ditelan oleh kita, Bumi kita sudah rosak dan apa tindakan kita sebagai “penghuninya” untuk mengatasi masalah ini daripada sekarang. Ini berikutan data terbaru yang dikeluarkan mengatakan, ketika ini Lautan Artik yang beku bakal menjadi menjadi laut terbuka selama musim panas dalam masa satu dekad daripada sekarang. Ekspedisi dan kajian kali ini diketuai Peneroka Veteran kutub Inggeris, Pen Hadow.







Jika langkah-langkah pencegahan yang drastik terutamanya pengawalan peningkatan suhu dunia tidak dilakukan, gelaran yang diberikan kepada Kutub Utara sebagai “tutup putih di atas planet Bumi” hanya tinggal kenangan. Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan mereka dalam sepuluh tahun daripada sekarang, kira-kira lebih 80-85 peratus daripada Lautan Artik akan bebas ais. Implikasinya cukup-cukup besar. Pada masa itu bersedialah kita untuk menerima hakikat, kebanyakan negara akan tinggal sejarah dan sebutan sahaja apabila peningkatan paras laut meningkat dek kerana ais di Lautan Artik. 


T~T






Balasan dunia....







Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

#Dalam laporan siasatan, akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya, yang telah menemui sebarang petunjuk tentang bagaimana kebakaran berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana blasphemer Kurt tetap telah rosak.Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis, yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur menyenangkan Nabi (SAW), telah menyediakan jaminan yang lengkap seperti yang beliau telah menerima banyak ancaman dari seluruh dunia selepas umat Islam telah marah kerana penerbitan yang berulang-ulang karikatur di akhbar Eropah.
Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang memplotkan kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau mati tetapi tidak berjaya.


Laporan siasatan berkata kejadian itu berlaku beberapa hari kembali di mana Westergaard telah dibakar serius dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa benar-benar senyap mengenai berita tersebut. Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi juga disediakan untuk memberi keterangan yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark telah setakat ini tidak dapat mencari sebarang pembayang mengenai punca api, kerana mereka telah memulakan siasatan sambil senantiasa mengingati beberapa konspirasi luar untuk membunuh blasphemer itu.

Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam perbuatan menghujat,  Kurt telah memilih untuk pergi bawah tanah untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk melakukan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan umat Islam dan agama mereka itu. Di Lahore dan Peshawar, penunjuk perasaan telah bertukar menjadi ganas dan sekitar enam orang terbunuh semasa tunjuk perasaan itu dijalankan, manakala harta bernilai juta rupee telah lesap.
Tetapi sebaliknya dia tidak menyatakan penyesalan, Westergaard pergi di khalayak awam berkali-kali dan berkata beliau tidak mempunyai kesal kerana melakukan perbuatan yang keji tersebut.

Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT, tiada siapa yang dapat menyelamatkan nya dari  kebakaran yang tragis tersebut.